I've received this email one day, I don't believe a word that is said here, all CRAP!
The emails like this belongs in the trash and not forwarded. Its kinda long email too..so just bear with me on this, ok:
____________________________________________________
"BERHENTILAH MAKAN SARDIN, ADUUUH.. ..
ni info yang saya dapat dr seorang teman.. insyaallah berguna untuk kita semua.. Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal. Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 รข�� RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin. Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin. Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya. Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras. Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin. Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia. Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor. Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil. Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya. Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin. Wassalam wallahualam kita semua dalam menuju ke pelabuhan yang sama..."
|
________________________________________________________
Its all Crap! This post was probably posted by an ignorant fool and only ignorant fools as he is are gullible enough to believe him!
My reply to this email:
""
It's all lies...tipu lahhAda-ada saja..nada banar pun. Besok-besok apa kah lagi cakap org ...pasal ikan tuna pulak...heheKalau orang paham cara food processing inda akan mudah percaya dgn kata-kata email itu. (Kalau kan ku explain cara process 'canning' ani ..panjang saja cerita ku.You all google lah for 'Canning processing' and look under 'retort' iatah machine ani tah yg masak under hot steam and pressure yg kuat, yang membuat tulang nya rapuh...kalau sekadar steam cooker dari rumah kalah tu laii..)There is no clear scientific proof that sardines in tin-cans causes cancer. But there are scientific proof that sardines and other fish oils can actually HELP PREVENT and TREAT cancer. The best source for omega-3 is from Fish oils!
(http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2003/03/12/fish-oil-cancer-part-one.aspx)
Orang makan sehat pun dapat jua penyakit cancer atau fibroid. Its natural, memang semula jadi dunia. We don't know what causes it and we don't know if we gonna get it or not.
Kalau kan makan...makan in moderation lah. Apa-apa ani buat semua in moderation. Kalau kan takut dgn segala penyakit, makan banyak ulam..sayur, balance diet...insyaallah sehat..Kalau penulis itu bekata ia makan sardine dlm tin dari dia kecil hingga dia besar ...sepatut nya dah mampus dah kena cancer pun. Betul tak? Fibroid is common amongst women. Kalau nya sudah besar atu..psal orang takut kan jumpa doctor awal...biar ia grow besar mcm 9 months pregnant baru tah kan takot, baru tah kan jumpa doctor! Cancer...I'm not an expert..but cancer is cancer...we still don't know what causes it and how to cure it. It's just the way it is...that's how the world is. My advice, especially to my female readers and friends, if you are already in your mid/late 20s or early 30s, wheather if you are single or not. Please go for your pap smear test. Early detection can save your life. Jangan tah kan takut jumpa doctor. Its more frigtening not to know and leave it be then to go jumpa doctor and get treatment. The treatment is not as bad as you think it is. Early detection can treat and stop cancer. So sesiapa yang belum go for their health check, isnt it about time you do? (Kalau takut jumpa doctor alone..call me..aku dangani..heheh!)
Be healthy Be Safe. Because I Care"
By the way, please do not post such junks into my emails. I do not forward and do not entertain such emails either, they go straight into my trash! If you are to send me an email of some information..make sure its a valid information. Thanks!